Sabtu, 10 April 2010

Adab Masuk Masjid

ADAB KETIKA PERGI KE MASJID

ADAB KETIKA PERGI
1. Memakai pakaian yang menutup aurat
2. Memakai wangi-wangian bagi kaum lelaki ( al a’raf :31 )

ADAB KETIKA MASUK
1. Masuk ke masjid dengan memulakan langkah kanan
2. Berdoa ketika masuk
أَعُوذُ بِاللهِ الْعَظِيمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَسُلطَانِهِ القَدِيمِ مِن الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ ، اَللّهُمَّ اغْفِر لِي ذُنُوبِي وَافْتَح لِي أَبوَابَ رَحمَتِكَ
“ Aku berlindung dengan Allah yang maha besar dan dengan wajahnya yang mulia dan kekuasaanNya yang Qodim daripada gangguan syaitan yang direjam. Ya Allah ! ampinilah bagiku akan dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu”
3. Memberikan salam kepada sesiapa yang berada di masjid
4. dan keluar dengan langkah kiri serta berdoa sebagaimana yang di lakukan oleh Ibn Umar r.a. Daripada Aisyah r.a, ( riwayat Muslim ) sabda rasulullah saw :
إذا دخل أحدكم المسجد، فليقل: اللهم افتح لي أبواب رحمتك، وإذا خرج، فليقل: اللهم إني أسألك من فضلك
Maksudnya : “ Apabila salah seorang kamu memasuki masjid maka hendaklah ia berkata : Ya Allah bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu. Dan apabila keluar hendaklah ia berkata : Ya Allah sesungguhnya aku memohon limpahan rahmatMu”

Posted by ejoy@tnv696 at 6:50 AM 0 comments

RINGKASAN KHUTBAH JUMAAT

BERSAMA LAKSANA TANGGUNGJAWAB SOSIAL
(09 APRIL 2010M/24 RABIUL AKHIR 1431H)


1. Adalah menjadi sunnatullah bahawa manusia di muka bumi ini tidak boleh lari daripada hidup secara berjemaah atau bermasyarakat, baik ahli keluarga, jiran tertangga, sahabat handai atau masyarakat sekuruhnya.

2. Islam agama kesejahteraan dan amat mengutamakan persaudaraan dan perpaduan. Jesteru, islam menganjurkan umatnya supaya berperibadi dan berakhlak mulia serta sentiasa melaksanakan tanggungjawab sosial menjadi tunjang di dalam kehidupan bermasyarakat. Ia juga merupakan salah satu daripada cabang keimanan kepada Allah S.W.T.

3. Tuntutan untuk sentiasa berbuat baik dalam islam tidak terhad kepada ibu bapa atau kaum keluarga sahaja tetapi juga kepada jiran tertangga dan masyarakat sama ada kenali atau tidak, dekat atau jauh. Termasuk juga dalam perkara ini ialah berbuat baik kepada haiwan dan alam sekitar. Dalam menghayati tuntutan berbuat baik ini, umat islam digalakkan untuk saling membantu antara satu sama lain dalam bentuk wang ringgit, harta, masa, tenaga, kepakaran, keilmuan dan seumpamanya.

4. Ibnu Qayyum dalam menghuraikan hadis yang bermaksud "sebaik-baik manusia mereka yang memberikan manfaat bagi orang lain" menyatakan bahawa sesiapa yang berbuat baik, menyayangngi, memberi manfaat dan menutup keaiban orang lain, maka Allah juga akan berbuat baik, menyayangi, memberi manfaat dan menutup keaiban dirinya.

5. Bersamalah kita menyemarakkan tuntutan melaksanakan tanggungjawab sosial dalm masyarakat agar kehidupan menjadi lebih bermakna dan sejahtera...

0 komentar:

Posting Komentar

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template